Tuesday, April 12, 2011

Manual Bercinta: Cinta Tidak Perlu Diungkap | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hai semua,

Today saya nak share artikel yang saya baca dari http://www.iluvislam.com . Artikel ini menjadi pedoman untuk saya dan sedikit sebanyak membantu saya meneruskan kehidupan. Harap-harap, dapat membantu kalian juga ;)



Manual Bercinta: Cinta Tidak Perlu Diungkap | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta.

Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan

Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan.

Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.

Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu.

Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa.

Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia.

Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta.

Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.

Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.

Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.

Cinta diungkap, hati gelisah.

"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.

"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita.

Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita.

Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.

"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.

"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu oklagi.

Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.

Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!

"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.

"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.

Penantian satu penyeksaan.

Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat.

Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir.

Jika YA, katakan dengan cepat.

Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.

Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.

"Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.

"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.

"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.

"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.

"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.

"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.

"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"

Perasaan wanita, lelaki harus hormati.

Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.

Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.

Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.

Mengantuk disorongkan bantal.

Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana.

Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.

Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.

Anda mahu pergi jauh, pergilah.

Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.

Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.

Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.

Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.

Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!

Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.

Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?

Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.

Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.

Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.

Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Lawan jangan layan jangan.

"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.

Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".


Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.

Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.

Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.

Jika Malaysia boleh, anda juga pasti boleh kerana anda rakyat 1 Malaysia! Ahaks... -www.iluvislam.com

Tuesday, April 5, 2011

I WILL SURVIVE!!!

Dear readers,

Just want to share the song which makes me alive...Well, it's his loss anyway. I will find someone who really appreciate me, and we will live happily ever after! =D
Saya pasti Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya!. (*_^)


First I was afraid
I was petrified
Kept thinking I could never live
without you by my side
But I spent so many nights
thinking how you did me wrong
I grew strong

I learned how to carry on
and so you're back
from outer space
I just walked in to find you here
with that sad look upon your face
I should have changed my stupid lock
I should have made you leave your key
If I had known for just one second
you'd be back to bother me

Go on now go walk out the door
just turn around now
'cause you're not welcome anymore
weren't you the one who tried to hurt me with goodbye
you think I'd crumble
you think I'd lay down and die
Oh no, not I
I will survive
as long as i know how to love
I know I will stay alive

I've got all my life to live
I've got all my love to give
and I'll survive
I will survive

It took all the strength I had
not to fall apart
kept trying hard to mend
the pieces of my broken heart
and I spent oh so many nights
just feeling sorry for myself
I used to cry
Now I hold my head up high

and you see me
somebody new
I'm not that chained up little person
still in love with you
and so you felt like dropping in
and just expect me to be free
now I'm saving all my loving
for someone who's loving me


Saturday, February 5, 2011

Friendship never dies

Salam......

Almost 2 years saya tak post entry. Masa berlalu agak pantas, pejam cilik, pejam celik...dah sampai tahun 2011. Last time saya post entry, saya masih bergelar student (2009), dan sekarang dah setahun lebih saya telah meninggalkan gelaran tersebut.

Masihku teringat lagi hari terakhir di UiTM Shah Alam. Masa itu last paper, Taxation II. Alhamdulillah, semua soalan dijawab dengan baik dan saya amat yakin akan lulus dengan best...haha. Hari itu adalah hari paling gembira dan juga hari paling menyedihkan di antara hari-hari dalam tahun 2009. Gembira kerana semua sudah berakhir, tak payah pening-pening buat assignment, research, quiz, test and yang paling penting, tak payah lagi mengahadap final exam.... fuhhhhhh!!!!!!!!!!!!...macam satu batu besar telah dialihkan dari belakang. Lepasni, bila dah kerja, bolehlah enjoy dengan duit sendiri, beli kereta, beli rumah, jalan-jalan cari suami.....hahaha...

However..................................


Dalam kegembiraan, sememangnya tercalit jua kesayuan dalam hati. Bayangkanlah, dari tahun 1992 saya bergelumang dengan buku, bermula detik:

- sekolah tadika umur 6 tahun (Tadika Kemas Desa Pandan);
- darjah 1 - 6 (Sek. Keb. Taman Maluri + Sekolah Agama Al-Watan);
- tingkatan 1 - 5 (Sek. Men. Agama Tinggi Kuala Kubu Bharu.....sebulan je, because tiada keserasian...hahaha + Sek. Men. Keb. Taman Maluri...);
- Tingkatan 6 (Sek Men Aminuddin Baki...only for 2 weeks, lepastu dapat offer ke UiTM Seri Iskandar)
- Dip. Interior Architecture, June 2004 (UiTM Seri Iskandar, completed 1 Semester, then tukar course....don't ask me why...)
- Dip. Public Administration, Dec 2004 - Nov 2007 (UiTM Alor Gajah)
- Bach. Corporate Administration, Dec 2007 - Nov 2009 (UiTM Shah Alam)

dan........

Memori-memori serta merta berputar seperti filem. Dari tahun 1992 - 2009, sememangnya banyak pertemuan dan perpisahan berlaku. I hate to say goodbye.. and I am sucks on it. Setiap kali berlaku perpisahan, mesti menangis...benci! benci! benci!...

saya akui sememangnya saya seorang yang sensitif dalam sesetengah perkara walaupun pada mata kasar saya nampak seperti seorang yang gagah perkasa...huhuhu...

Pada detik ini, saya ingin memberitahu bahawa saya sangat merindui kalian:

- Nadiah Hani = the girlfriend
- Intan = the partner
- Zariah (Jais) = the sweet criminal sister
- Yenna = the generous
- Syuk = the chemistry
- Nahar = the bold
- Camil, Abe & Din = the brothers
- Anoi = the untrue scandal
- Ecah = the housewife
- Brutz, Edd & Zana = the drama queens
- Awin = the calm

................and others, which are too many to mention.... I MISS U GUYS SO DAMN MUCH!...

Terima kasih kerana membuat hidup saya lebih bermakna. Terima kasih kerana membuat saya merasakan hanya saya sahaja mempunyai kenangan yang paling best!

FRIENDSHIP NEVER DIES!